xi_sma
ilmu dan zikir
Home
sejarah
logo sekolah
lagu sekolah
album
pelajar
cool stuff
lagu generasi
berita
tazkirah agama
guestbook
forum
chat room

ILMU DAN ZIKIR

ILMU

Maksudnya perasaan haus atau dahaga ingin tahu apakah perintah Allah SWT yang paling Allah SWT cintai (suka) untuk kita melakukannya pada waktu ini dan bagaimana cara melakukannya dengan mengikut cara Nabi Muhammad SAW.
Untuk mengetahui apakah perintah Allah SWT yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa kita perlu kepada ilmu fadail. Untuk mendapatkan ilmu fadhail kita perlu duduk dalam halkah ta'lim di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi SAW kita memerlukan ilmu masa'il. Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim ulama.

NILAI ILMU

Di lapurkan di dalam hadith lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalan jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan Allah SWT".
Kelebihan orang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah di ibaratkan seperti bulan dari bintang-bintang.

ZIKIR

Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan di dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT.
Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat 3 perkara:

Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak 300 kali selepas solat subuh dan solat asar pada setiap hari.

1. Seratus kali Subhanallah (Maha suci Allah) Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) Lailahaillallah (Tiada tuhan selain Allah) Allahuakbar (Allah Maha Besar)

2. Seratus kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang lalu.

3. Seratus kali selawat kepada Rasulullah SAW dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad SAW.

Membaca al-quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-quran pada satu hari maka kita hendaklah membaca al-quran sebanyak mana yang kita mampu setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-quran maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh Tuhan, apakah dosa saya, sehingakan saya tidak di beri hidayah dan taufik untuk membaca al-quran".

Kita hendaklah mengamalkan doa masnun di dalam amalan seperti doa makan, minum, tidur, masuk tandas, dan sebagainya.

NILAI ZIKIR

Abu Musa r.a memberitahukan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati." Bukhari Muslim dan al-Baihaqi.