Make your own free website on Tripod.com
xi_sma
ikhlas
Home
sejarah
logo sekolah
lagu sekolah
album
pelajar
cool stuff
lagu generasi
berita
tazkirah agama
guestbook
forum
chat room

IKHLAS

Ikhlas maksudnya ialah melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT

Amalan maksudnya melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya

Walaupun Allah swt menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuan-Nya namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah swt serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. kita hendaklah membayangkan janji Allah swt ketika beramal agar amal itu dapat di laksanakan dengan keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang di buat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amalan yang di buat tanpa keghairahan.

Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat kerja Nabi saw dengan cara Nabi saw.

Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.

NILAI IKHLAS

Maksud hadith dari Abu Umamah ra katanya : "Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw dan berkata, Bagaimanakah pendapatmu mengenai seseorang lelaki yang keluar di jalan Allah swt semata-mata mencari upah dan supaya terkenal? Apakah yang diperolehi oleh orang itu?." Rasulullah bersabda : "Dia tidak mendapat apa-apa". Rasulullah saw mengulanginya hingga 3 kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah swt Azzawajallah tidak akan menerima amalan melainkan yang di lakukan dengan ikhlas. (semata-mata untuk mencari keredhaanNya)". An Nasai