xi_sma
muzakarah enam perkara
Home
sejarah
logo sekolah
lagu sekolah
album
pelajar
cool stuff
lagu generasi
berita
tazkirah agama
guestbook
forum
chat room

MUZAKARAH ENAM PERKARA

ENAM PERKARA DIBACAKAN DAN DI ULANG BERKALI KALI

Apa yang patut di buat dan apakah perkara yang patut kita dapat agar keseluruhan agama yang sempurna dan berkualiti dapat di hayati? Agar keseluruhan agama dapat di hayati kita perlu mendapatkan enam perkara di dalam diri kita. Apabila kita mendapat enam perkara di dalam diri kita maka mudahlah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama dengan sempurna.
Enam perkara adalah perkara yang perlu ada dalam diri kita. Kita perlu menghayatinya. Sebelum kita dapat menghayatinya kita perlu mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Setelah kita mempunyai keinginan untuk mendapatkannya barulah kita akan berusaha dengan cara yang betul barulah Allah SWT akan mengurniakan enam perkara itu kepada kita. Setelah mendapat enam perkara itu barulah mudah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama.
Kita tidak akan berusaha untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Kita tidak akan mempunyai keinginan untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak tahu nilai-nilainya. Apabila manusia itu mengetahui dan menyakini bahawa perkara itu berfaedah atau bernilai kepadanya maka dia akan berusaha mendapatkannya. Usaha akan datang apabila keinginan untuk mendapatkannya. Semua orang tahu akan nilai dan faedah duit. Kita tahu betapa faedahnya duit di dalam menyempurnakan segala keperluan kita. Hampir semua keperluan kita seperti rumah, kenderaan, makanan, pakaian hanya akan didapati apabila kita mempunyai duit. Allah SWT yang menyempurnakan semua keperluan kita tetapi Allah SWT telah menggunakan duit sebagai "asbab". Kita lihat di sekeliling kita, semuanya memerlukan duit . Apabila kita meletak kenderaan, membuang sampah atau mencuci pakaian, semuanya memerlukan duit. Kita tahu bahawa duit itu penting. Kita tidak boleh membayangkan apa yang akan tejadi kepada kita dan ahli keluarga kita jika kita tidak ada duit. Kita risau dan bimbang memikirkannya. Oleh kerana kita faham dan yakin betapa beharganya dan bernilainya duit di dalam kehidupan, maka kita bersedia untuk melapangkan masa bekerja keras walaupun sehingga larut malam untuk mendapatkan duit. Apabila kita berusaha, untuk mendapatkan duit maka Allah SWT memberi kita duit.
Keinginan kepada sesuatu perkara menyebabkan kita bersedia bersusah payah untuk mendapatkannya. Semua kerja yang kita lakukan memerlukan kita melapangkan masa dan bekorban diri dan harta pada awalnya kerana kita mempunyai harapan bahawa setelah kita bersusah payah kita akan mendapat pulangan yang jauh lebih banyak dari pengorbanan harta dan diri yang kita lakukan. Pada setiap hari kita menaiki bas, motosikal atau kereta, bersesak di jalan raya untuk pergi ke tempat kerja. Ini bukanlah sesuatu pekerjaan yang menyeronokan atau senang. Tiada siapa yang suka untuk melakukannya. Semua kita hanya bersedia melakukannya kerana kita terpaksa. Kita bersetuju bahawa bekerja itu adalah penting dan pekerjaan kita adalah "asbab" untuk kita mendapatkan duit dan dengan duit itu Allah SWT mengizinkan kita untuk mendapatkan keperluan kita di tunaikan. Jika sekiranya dengan bekerja kita tidak mendapat duit, maka kita tidak akan bersedia untuk bersusah payah pergi bekerja. Keinginan kepada duit telah membuatkan kita bersedia untuk bekerja. Untuk tahu tentang faedah duit dan harta benda, kita tidak perlu di ajar atau di beritahu. Kita telah tahu faedah duit sejak kita kecil lagi. Kita lihat faedah yang datang dari duit setiap waktu.
Adakah kita tahu tentang faedah iman dan agama? Iman nilainya adalah syurga. Iman sebesar zarah harganya syurga sepuluh kali besar dunia! Adakah kita dapat melihat faedah iman. Kita tidak dapat melihatnya. Kita hanya di beritahu bahawa iman itu nilainya syurga. Kita tidak pernah melihat syurga. Kita hanya diberitahu oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Oleh kerana kita tidak dapat melihat faedah iman maka untuk mendapatkan keinginan terhadap iman adalah sangat sukar dan payah. Apakah caranya supaya kita cinta dan haus kepada iman? Apakah caranya supaya kita mempunyai keghairahan untuk mendapatkan agama? Hanya dengan satu cara yang boleh kita buat untuk menimbulkan keinginan kepada iman dan agama. Kita hendaklah banyak bercakap dan mendengar tentang faedah iman dan agama. Oleh kerana kita hidup di zaman ini, maka adalah lebih susah untuk merasai faedah iman dan agama dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW tang telah mendengar berita, mengenai syurga terus dari nabi SAW yang telah melihat sendiri akan syurga dan neraka. Sahabat-sahabat dapat melihat rasul SAW. Mereka dapat melihat malaikat Jibrail dan wahyu turun kepada Rasul SAW. Sekarang kita hidup di zaman hampir 1500 tahun selepas Nabi SAW wafat. Oleh yang demikian, Allah SWT akan menghargai iman yang kita dapat di zaman ini lebih daripada iman yang di dapati oleh sahabat-sahabat nabi di zaman Rasul SAW. Apa usaha yang kita buat di zaman ini untuk memperkuatkan iman walaupun sedikit akan di hargai oleh Allah SWT dan Allah SWT boleh melipat kali gandakan kesannya kepada kita dan kepada seluruh manusia.
Untuk menimbulkan keinginan kepada enam perkara, kita perlu bercakap dan mendengar berulang-ulang kali tentang faedah enam perkara. Setiap orang yang ingin agar keinginannya untuk mendapatkan enam perkara bertambah perlu memperbanyakkan bercakap dan mendengar tentang faedah enam perkara. Apabila keinginan untuk mendapatkan enam perkara bertambah maka akan timbullah keinginan untuk berusaha mendapatkannya. Setelah berusaha untuk mendapatkannya mudah-mudahan Allah SWT akan mengurniakan kepada kita enam perkara. Apabila kita telah mendapat enam perkara maka barulah mudah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama..
Kita hendaklah mengadakan halkah muzakarah tentang enam perkara di kalangan ahli keluarga dan ketika kita berada di jalan Allah SWT. Jika kita mampu kita hendaklah mengadakan halkah muzakarah tentang enam perkara di kalangan ahli keluarga pada setiap hari. Ketika kita berada di jalan Allah SWT selama 3 hari, 40 hari, atau 4 bulan, maka kita hendaklah mengadakan halkah muzakarah tentang enam perkara pada setiap hari. Di dalam majlis muzakarah itu, kita hendaklah memberi peluang bagi setiap orang yang bersedia untuk bercakap tentang enam perkara. Jika seseorang itu merasa malu atau tidak mampu untuk bercakap tentang enam perkara maka janganlah memaksanya, tetapi memadailah dengan dia mendengar sahaja.
Kita hendaklah faham bahawa dengan mengadakan majlis muzakarah tentang enam perkara, kita akan hanya mendapat keinginan untuk mendapatkannya. Kita tidak boleh mendapatkan enam perkara hanya dengan muzakarah enam perkara. Melalui "asbab" muzakarah enam perkara kita akan dapat keinginan untuk mendapatkannya. Setelah ada keinginan barulah kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Apakah usaha untuk kita mendapatkan enam perkara? Usaka untuk mendapatkan enam perkara bermula dengan usaha untuk mendapatkan iman. Apakah usaha untuk mendapatkan iman? Usaha itu dengan izin Allah SWT. Allah SWT tidak akan memberi kita iman hanya dengan bermuzakarah. Allah SWT akan memberi kita iman dan enam perkara apabila kita bekerja atau membuat usaha, dengan cara yang betul. Setelah berusaha kita hendaklah berdoa memohon iman dan enam perkara. Doa beserta dengan usaha yang betul akan menambahkan kekuatan doa itu.
Di dalam bab ini, ana akan cuma menerangkan dengan izin Allah SWT satu persatu daripada enam perkara tersebut kepada entum. Ianya boleh dijadikan panduan dalam majlis muzakarah yang kita adakan di rumah bersama ahli keluarga kita dan juga ketika berada di jalan Allah SWT.