Make your own free website on Tripod.com
xi_sma
dakwah atau tabligh
Home
sejarah
logo sekolah
lagu sekolah
album
pelajar
cool stuff
lagu generasi
berita
tazkirah agama
guestbook
forum
chat room

DAKWAH ATAU TABLIGH

DIRI DAN HARTA ORANG MUKMIN ALLAH SWT TELAH MEMBELINYA DENGAN SYURGA

Didalam surah Al-Taubah ayat 111 Allah swt berfirman:
yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah swt telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga"
At-Taubah : 111
Allah swt telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah swt ingin agar diri dan harta kita di gunakan untuk membuat kerja Nabi saw, ibadat, akhlak (membantu mereka yang miskin dan di dalam kesusahan) dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah di gunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Dimana di dunia umat islam di landa dengan mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah swt yang telah di tinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat islam di sana menjadi lebih baik, maka kemurkaan Allah swt akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuanNya. Insya'allah.

Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia maka kita hendaklah bersedia melapangkan masa pada setiap tahun selama 4 bulan, 40 hari atau 3 hari. Baki waktu dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima amalan:

Pada setiap bulan kita melapangkan masa selama 3 hari untuk mengajak orang islam yang ada di bandar atau daerah kita kepada usaha membetulkan iman dan amal.

Membuat dua usaha ziarah di dalam seminggu untuk menjemput orang islam di qariah (kampung) kita kepada majlis yang menerangkan tentang faedah dan untungnya mengamalkan agama. Satu majlis ziarah di buat di masjid kita dan satu lagi di buat di masjid jiran.

Membuat dua halkah taalim fadhail pada setiap hari. Satu halkah taalim di buat di masjid selepas satu solat waktu dan satu lagi di buat di rumah

Mengadakan mesyuarat, sekali pada setiap hari di masjid. Maksud mesyuarat adalah untuk memikirkan tentang keperluan agama di qariah kita, di bandar dan di seluruh dunia
Melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 jam setengah untuk maksud memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman. Kita hendaklah mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi orang islam (ketua keluarga) dari rumah ke rumah dan berpesan di antara satu sama lain akan kalimah Laailahaillallah. Baki waktu kita bolehlah menggunakannya untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca al-quran, berzikir atau bermesyuarat.

Nilai berkorban di jalan Allah swt

Maksud hadith, dari Abu Harairah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Allah swt menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan untuk berjihad di jalanNya dan untuk membenarkan kalimahNya, bahawa Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembali oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang di perolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan." Bukhari, muslim.

Maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al rh bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah swt, maka Allah swt mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka." Al-Bukhari, Tirmizi,An Nasai.



kembali ke muzakarah enam perkara