Make your own free website on Tripod.com
xi_sma
ikram muslimin
Home
sejarah
logo sekolah
lagu sekolah
album
pelajar
cool stuff
lagu generasi
berita
tazkirah agama
guestbook
forum
chat room

IKRAM MUSLIMIN

Maksud ikram muslimin ialah memuliakan setiap orang islam kerana imannya.

Apabila Allah swt memuliakan seorang muslim yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh kali dunia maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya
Setiap orang islam adalah berharga. Orang islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah.

Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan mendapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang maka mudahlah umtuk kita menunaikan hak-hak orang islam.

NILAI IKRAM MUSLIMIN

Di beritahu di dalam hadith lebih kurang maksudnya bahawa "Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan (yang baik) saudara muslimnya maka itu adalah baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah swt maka Allah swt akan menjauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi." At Tabrani.

Maksud hadith dari Abdullah bin Amar r.a sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah saw : "Siapakah yang lebih baik keislamannya?" Rasulullah saw menjawab, "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal," Muslim, Bukhari.

Maksud hadith dari Abu Hurairah ra. Dia berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dia anggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu". Muslim